قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

“Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan . Dengan Kitab itulah Allah menunjukan orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan Allah mengeluarkan mereka dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjukan mereka ke jalan yang lurus.”

(QS.Al-Maidah:5-6)

Monday, November 23, 2015

Monday, November 25, 2013

Sumbangan Membaik Pulih Pondok.

Buat pengetahuan para pembaca sekalian, Pondok Bustanul Arifin telah mempunyai beberapa kelas dan bangunan asrama untuk penempatan para pelajar. Namun disebabkan ianya terlalu lama dan uzur, pihak pondok ingin memohon sumbangan bagi urusan baik pulih keadaan penempatan para pelajar di pondok ini.

Disertakan dengan ini, beberapa gambar keadaan kemudahan penempatan yang perlu dibaik pulih.




Keadaan kelas untuk para pelajar yang perlu dibaik pulih.



 Keadaan arsama para peljar yang perlu dibaik pulih.



Keadaan katil dan tempat tidur pelajar yang perlu dibaik pulih.


Kepada para dermawan yang sudi memberi sumbangan, sumbangan boleh diberikan dalam bentuk bantuan kewangan atau barangan. Sumbangan bantuna kewangan boleh disalurkan ke :

Akaun AmBank (0410 0200 525 60) (PONDOK BUSTANUL ARIFIN ).

Maybank (1620 5875 9772)
BIMB (1207 4020 1414 80)
(KHAIRUL MOIN B. MORSHID),

Manakala sumbangan barangan, boleh hubungi :

013 - 3555917
Firdaus Ujang, warden di Pondok Bustanul Arifin

Setiap sumbangan yang disalurkan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.



Penghargaan di Atas Sumbangan.

Alhamdulillah, dengan bantuan dari Allah menerusi para dermawan yang budiman, Pondok Bustanul Arifin menerima sumbangan yang mencurah-curah, Pondok Bustanul Arifin kini telah dapat menyiapkan beberapa bangunan penempatan yang mana sebelum ini masih dalam pembinaan, disamping menambah baik penempatan yang sudah uzur.


Bangunan tahfiz, asrama tahfiz dan kantin yang telah siap dibina.



Rumah guru (atas) dan tandas pelajar (bawah) yang telah siap dibina.


Asrama pelajar yang telah siap dibina dan ditambah baik.


Sekali lagi diucapkan syukur kepada Allah kerana telah mempermudahkn urusan para dermawan dalam membantu kami menyiapkan beberapa penempatan yang sangat diperlukan.

Tetapi dalam masa yang sama, pengurusan pondok memikirkan untuk mencari sumbangan yang bersifat tetap agar tumpuan mudir dapat diberikan sepenuhnya kepada usaha mendidik para pelajar.


Monday, October 7, 2013

Rayuan Sumbangan

Pondok mengenakan yuran sebanyak RM150 sebulan tetapi terimaan yuran tidak menentu. Manakala setiap bulan, pondok terpaksa membelanjakan sekitar RM20k.

Berikut adalah perbelanjaan bulanan:
- Makanan/minuman - RM15000 (RM500 sehari x 30 hari) untuk 150 orang.
- Api air - RM1800
- Elaun 10 guru dan 2 kakitangan RM7000
- Mantainance - RM1000

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun AmBank (0410 0200 525 60) (PONDOK BUSTANUL ARIFIN ).

Maybank (1620 5875 9772)
BIMB (1207 4020 1414 80)
(KHAIRUL MOIN B. MORSHID)

Tuesday, June 8, 2010

Sumbangan Pembinaan Masih Diperlukan.

Buat pengetahuan para pembaca sekalian, Pondok Bustanul Arifin masih lagi dalam proses pembangunan untuk menampung para pelajar pondok yang sentiasa bertambah dan juga untuk menambah baik pondok kediaman yang keuzuran. Dalam pada itu juga pondok sekarang dalam proses membina sebuah bangunan khusus untuk pengajian tahfiz Al-Quran dan asrama pelajar-pelajar tahfiz.

Di sini disertakan beberapa gambar pondok yang masih dalam pembinaan.




Bangunan tahfiz, asrama tahfiz dan kantin yang dalam pembinaan.
Kos yang diperlukan sebanyak RM .... ribu.



Asrama yg dalam pembinaan kos sebanyak RM ....


Rumah guru(atas) dan Tandas pelajar(bawah). Kos yang masih diperlukan sebanyak RM .....
Pihak pondok amat mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak baik dalam bentuk wang ringgit @ bahan binaan @ keperluan untuk menyiapkan bangunan tersebut.
-->

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada no. di talian
019-3388239 (Mudir P.B.A) dan 019-6416369(Setiausaha P.B.A). Sumbangan juga boleh di salurkan ke akaun AmBank ( PONDOK BUSTANUL ARIFIN -0410020052560-).





Saturday, May 29, 2010

Terima Kasih Atas Sumbangan.

Baru-baru ini, pondok mengalami kesempitan kewangan yang agak mendesak sehingga terpaksa berhutang makanan hampir RM4k dan juga hutang yang lain. Tetapi dengan bantuan dari Allah menerusi para dermawan yang budiman, pondok menerima sumbangan yang mencurah-curah. Ada yang berbentuk wang, beras, barangan makanan kering, selipar dan sebagainya. Alhamdulillah.

Tetapi dalam masa yang sama, pengurusan pondok memikirkan untuk mencari sumbangan yang bersifat tetap agar tumpuan mudir dapat diberikan sepenuhnya kepada usaha mendidik para pelajar.

Begitu juga dengan bantuan pembangunan, kerana dalam masa yang sama, pondok juga berusaha menyiapkan sebuah lagi bangunan yang akan digunakan untuk kemudahan pelajar.

Gambar bantuan sedang dinaikkan di atas kenderaan.

Selamat Datang ke Pondok Bustanul Arifin.

Blog ini diwujudkan untuk :
 
1. Menyalurkan perkembangan dan berita terkini tentang pondok.
2. Memberikan maklumat kepada para dermawan yang sudi menyumbang kepada pembangunan dan pengurusan pengajian di sini.
3. Menjadi medium komunikasi antara pondok dengan para pengunjung untuk mengetahui lebih dekat tentang pondok.
4. Memperkemaskan lagi jaringan antara institusi pondok di seluruh Malaysia.